SELANGKAH LAGI..

SABAR.. Itu yang boleh saya katakan. Nyata mungkin ia nasihat yang perit untuk di terima tetapi itulah realiti dalam berusaha. Kejayaan itu bukanlah untuk mereka yang lemah jiwanya tetapi khusus buat mereka yang tegar dan kental jiwa.



Sahabat..

Sabarlah dengan usahamu. Rezekikan tak pernah salah alamat, cepat atau lambat.. Pasti ia tiba pada waktu yang tepat.

Besarkan jiwamu..

Teruskan langkahmu. Hanya selangkah sahaja lagi. Tonton klip video dari filem Pursuit of Happiness yang dilakonkan oleh Will Smith yang berteraskan kepada kisah benar yang berlaku kepada Chris Gardner.




Ujian dan cabaran hanya akan menguatkan lagi kita. Jangan mengalah! Hari ini Chris Gardner kaya raya hidupnya dan menjadi motivasi kepada ramai orang.

Kalau belum tonton filem ini, saya cadangkan.. Pergi cari dan tonton sampai habis!

No comments:

Post a Comment