BONGKAR RAHSIA KEJAYAAN YANG TERSEMBUNYI

Kadangkala kejayaan berada di depan mata. Namun ramai yang terleka dan terpedaya dengan perkara yang lain. Hinggakan mereka lalui fasa kegagalan yang amat mengecewakan.



Bagaimana untuk ketahui kemampuan sebenar anda?

Pernah dengar tentang bakat? Bakat terpendam! Ianya satu potensi yang sememangnya ada dalam diri kita tetapi tidak disedari hinggalah pada saatnya kita mula lebih mengenali diri sendiri.

Semakin kita tahu tentang kecenderungan diri, kekuatan dan kelemahan yang ada maka semakin mudah untuk kita menyusun rencana mencapai kejayaan.

Sebagai contoh,

Dalam satu pasukan bolasepak terdapat 11 orang pemain. Setiap orang mempunyai tugasan berbeza dan saling melengkapi satu sama lain.

Bayangkan jika penjaga gol pula yang mengerah tenaga untuk menjaringkan gol? Apa akan berlaku? Dan tanggungjawab penjaga gol perlu menjaga gawang sendiri serta mempunyai advantage untuk menggunakan tangan sebagai penampan.

Ini bermaksud si penjaga gol perlulah seorang yang cekap dengan kemahiran tangan. Cekap juga menangkis serta meneka arah rembatan bola.

Begitulah juga dengan kita.

Jika kita mempunyai kualiti sebagai pemain penyerang maka usah buang masa duduk di bahagian pertahanan!

Pesan saya,

Gali selidik siapa diri anda sebenarnya? Apa karektor anda? Ini boleh kita kaji secara ringkas menggunakan kaedah Sains Metafizik.

Bukanlah bertujuan untuk meramal atau menelek masa depan melainkan hanya bertujuan untuk menyusun perancangan lebih sempurna lagi.

Jika kita gagal merancang maka sebenarnya kitalah yang merancang untuk gagal. Setuju kan?

Pastikan anda sertai group Telegram saya yang akan memberikan anda insight tentang perkara ini. Klik untuk join!