9 TIPS CAPAI KEBEBASAN KEWANGAN



Kerja dan kerja? Apa kesudahannya?

Bila masanya nak pergi holiday? Buat apa yang kita suka buat.. Jalan-jalan travel satu dunia tengok kebesaran Allah swt.

Baguslah kalau dah kerja dan dapat gaji besar, baguslah kalau bisnes dan dapat untung berganda tapi apa matlamat utama kita?

Apa jadi kalau kita jatuh sakit? Sudah tidak boleh bekerja lagi?

KEBEBASAN KEWANGAN (Financial Freedom) itu matlamat saya. Dan saya rasa itu juga patut jadi matlamat anda. Duit buat duit.. 

Maksudnya apa?

Bebas kewangan ini tentunya bebas dari hutang piutang dan mempunyai pendapatan pasif yang hasilnya melebihi keperluan perbelanjaan bulanan kita.

Jadi kita ada masa yang banyak untuk buat apa yang kita suka.

Saya akan update 9 tips untuk capai kebebasan kewangan, pastikan anda terus follow blog ini.

Jangan lupa untuk sertai group Telegram saya yang menawarkan ilmu-ilmu perniagaan secara percuma!




MAHU TERUS MEREPUT?


REPUT..

Apakah itu nasib kita dalam kehidupan ini? Reput dalam erti kata usaha yang tidak mendatangkan hasil. Reput dalam maksud bahawa usaha kita ni tiada makna.

Lelah usaha itu hanyalah satu kegagalan yang menghinakan.

Bangkitlah dari tidur..
Bangkitlah dari lena yang panjang..

Usah tunggu semuanya lengkap baru mahu bermula kerana saat itu kita sebenarnya sudah ketinggalan jauh.

Jom lihat klip video Jack Ma, bagaimana beliau gagal berkali-kali dalam usahanya tetapi dia terus berusaha. 





Inspirasi atau motivasi akan basi bila anda hanya dengar dan lihat. Bangun, bangkit! Mulakan tindakan atau terus saja mereput di situ.

SELANGKAH LAGI..

SABAR.. Itu yang boleh saya katakan. Nyata mungkin ia nasihat yang perit untuk di terima tetapi itulah realiti dalam berusaha. Kejayaan itu bukanlah untuk mereka yang lemah jiwanya tetapi khusus buat mereka yang tegar dan kental jiwa.



Sahabat..

Sabarlah dengan usahamu. Rezekikan tak pernah salah alamat, cepat atau lambat.. Pasti ia tiba pada waktu yang tepat.

Besarkan jiwamu..

Teruskan langkahmu. Hanya selangkah sahaja lagi. Tonton klip video dari filem Pursuit of Happiness yang dilakonkan oleh Will Smith yang berteraskan kepada kisah benar yang berlaku kepada Chris Gardner.




Ujian dan cabaran hanya akan menguatkan lagi kita. Jangan mengalah! Hari ini Chris Gardner kaya raya hidupnya dan menjadi motivasi kepada ramai orang.

Kalau belum tonton filem ini, saya cadangkan.. Pergi cari dan tonton sampai habis!

BONGKAR RAHSIA KEJAYAAN YANG TERSEMBUNYI

Kadangkala kejayaan berada di depan mata. Namun ramai yang terleka dan terpedaya dengan perkara yang lain. Hinggakan mereka lalui fasa kegagalan yang amat mengecewakan.



Bagaimana untuk ketahui kemampuan sebenar anda?

Pernah dengar tentang bakat? Bakat terpendam! Ianya satu potensi yang sememangnya ada dalam diri kita tetapi tidak disedari hinggalah pada saatnya kita mula lebih mengenali diri sendiri.

Semakin kita tahu tentang kecenderungan diri, kekuatan dan kelemahan yang ada maka semakin mudah untuk kita menyusun rencana mencapai kejayaan.

Sebagai contoh,

Dalam satu pasukan bolasepak terdapat 11 orang pemain. Setiap orang mempunyai tugasan berbeza dan saling melengkapi satu sama lain.

Bayangkan jika penjaga gol pula yang mengerah tenaga untuk menjaringkan gol? Apa akan berlaku? Dan tanggungjawab penjaga gol perlu menjaga gawang sendiri serta mempunyai advantage untuk menggunakan tangan sebagai penampan.

Ini bermaksud si penjaga gol perlulah seorang yang cekap dengan kemahiran tangan. Cekap juga menangkis serta meneka arah rembatan bola.

Begitulah juga dengan kita.

Jika kita mempunyai kualiti sebagai pemain penyerang maka usah buang masa duduk di bahagian pertahanan!

Pesan saya,

Gali selidik siapa diri anda sebenarnya? Apa karektor anda? Ini boleh kita kaji secara ringkas menggunakan kaedah Sains Metafizik.

Bukanlah bertujuan untuk meramal atau menelek masa depan melainkan hanya bertujuan untuk menyusun perancangan lebih sempurna lagi.

Jika kita gagal merancang maka sebenarnya kitalah yang merancang untuk gagal. Setuju kan?

Pastikan anda sertai group Telegram saya yang akan memberikan anda insight tentang perkara ini. Klik untuk join!



6 TIPS PEMASARAN TANPA KOS IKLAN

Untuk memulakan perniagaan memerlukan pelbagai jenis modal.. Bukan hanya tentang modal kewangan tetapi juga modal masa, modal tenaga, modal ilmu dan modal-modal lain.

Bagaimana agaknya untuk meminimakan modal kewangan?

Pastinya dengan MODAL ILMU. Jadi pastikan sebagai usahawan, anda terus meningkatkan penguasaan ilmu-ilmu perniagaan. Pelaburan yang paling utama untuk anda lakukan ialah dengan MENAMBAH ILMU.

Jangan risau untuk terus belajar, hadiri seminar atau sertai bengkel keusahawanan dan sebagainya.



Kali ini saya mahu kongsikan kaedah yang mudah untuk anda melakukan aktiviti pemasaran tanpa keluarkan kos iklan yang mahal.

Nantikan update seterusnya.

3 LANGKAH BANGKIT DARI KEGAGALAN

Pasti semua orang pernah rasai peritnya gagal. Malah berkemungkinan besar anda salah seorang darinya.. Tidak perlu malu untuk akuinya. Lebih perit lagi bila anda sedang berada dalam fasa kegagalan.

Jika tidak, mengapa anda layari laman blog ini? Ingin cari jawapan.. Betul?

Apakah jalan keluar yang ada?
Bagaimana untuk memecah kebuntuan?

Inilah jawapan yang mungkin anda cari selama ini..



Kegagalan membuatkan kita rasa cukup payah untuk teruskan usaha. Semuanya terasa membebankan dan membuatkan kita rasa sesak.

Kita akan rasa kehilangan, rasa kosong, kecewa dan banyak lagi emosi-emosi negatif. Ini tips untuk saya kongsikan dari pengalaman sendiri.


Langkah #1

Ubah minda. Keluar dari kepompong negativity tersebut. Lakukan sesuatu yang positif dan mudah. Tarik semula energy positif kepada diri anda.

Antara perkara mudah yang boleh anda lakukan ialah:

  • Ubah persekitaran
  • Ubah susun atur bilik atau rumah
  • Tukar langsir atau cadar katil
  • Keluar ke mana-mana, ubah pemandangan
  • Lakukan kebaikan, berikan sedekah walau RM1
  • Tolong seseorang angkat barang etc
  • Alih halangan di jalan
  • Cari seseorang yang boleh berkongsi pandangan positif

Benda kecil seperti ini mudah untuk dibuat dan energy positif akan mula hadir. 


Langkah #2

Seterusnya anda ambil masa untuk berfikir dan merencana semula. Dapatkan jawapan jelas mengapa anda mahu berjaya? Contohnya, sebagai ibu atau bapa, selalunya kejayaan itu diimpikan untuk keluarga tersayang, untuk anak-anak.

Senaraikan sebab kenapa anda mahu berjaya. Dan buat juga senarai kenapa anda tidak berjaya? Berdasarkan pengalaman saya, kejayaan tertangguh akibat dari kurangnya pengalaman dan ilmu bukannya faktor tak cukup modal untuk berniaga.

Cari guru!

Letakkan sasaran harian, mingguan, bulanan, tahunan.

Jangan buat kerja gila tiba-tiba nak capai RM1 juta. Memang tidak mustahil dilakukan tetapi bayangkan anda berada di tangga paling bawah.. Adakah anda mampu terus melompat ke tangga atas sekali?

Mungkin anda ada superpower.. Tahniah! Anda hebat.. Tapi rancanglah sasaran dengan bijak. Buat step-by-step!


Langkah #3

Mulakan tindakan! Promosikan perniagaan anda secara percuma sama ada di WhatsApp, Facebook, Telegram, Instagram, Blogspot dan sebagainya.

Rekodkan semua progress perniagaan anda.

Adakah mencapai sasaran atau tidak? Selidik. Jika tidak, apa yang perlu diperbaiki. Tak tahu? Cari guru!

Ini tiga langkah mudah untuk anda bangkit kembali. Jangan bertangguh lagi dan sabotaj diri sendiri dengan pelbagai alasan.

Lebih banyak jawapan anda akan perolehi dengan adanya ilmu. Jemput sertai kelas percuma saya di group Telegram. Klik gambar dibawah untuk info lebih lengkap.




Atau terus anda boleh terus join tanpa perlu fikir panjang. Klik link dibawah ini ya. Tindakan yang pantas akan membuahkan hasil yang pantas juga.

Kau terhegeh-hegeh.. Boleh mereput jauh-jauh ya :)