3 LANGKAH BANGKIT DARI KEGAGALAN

Pasti semua orang pernah rasai peritnya gagal. Malah berkemungkinan besar anda salah seorang darinya.. Tidak perlu malu untuk akuinya. Lebih perit lagi bila anda sedang berada dalam fasa kegagalan.

Jika tidak, mengapa anda layari laman blog ini? Ingin cari jawapan.. Betul?

Apakah jalan keluar yang ada?
Bagaimana untuk memecah kebuntuan?

Inilah jawapan yang mungkin anda cari selama ini..



Kegagalan membuatkan kita rasa cukup payah untuk teruskan usaha. Semuanya terasa membebankan dan membuatkan kita rasa sesak.

Kita akan rasa kehilangan, rasa kosong, kecewa dan banyak lagi emosi-emosi negatif. Ini tips untuk saya kongsikan dari pengalaman sendiri.


Langkah #1

Ubah minda. Keluar dari kepompong negativity tersebut. Lakukan sesuatu yang positif dan mudah. Tarik semula energy positif kepada diri anda.

Antara perkara mudah yang boleh anda lakukan ialah:

  • Ubah persekitaran
  • Ubah susun atur bilik atau rumah
  • Tukar langsir atau cadar katil
  • Keluar ke mana-mana, ubah pemandangan
  • Lakukan kebaikan, berikan sedekah walau RM1
  • Tolong seseorang angkat barang etc
  • Alih halangan di jalan
  • Cari seseorang yang boleh berkongsi pandangan positif

Benda kecil seperti ini mudah untuk dibuat dan energy positif akan mula hadir. 


Langkah #2

Seterusnya anda ambil masa untuk berfikir dan merencana semula. Dapatkan jawapan jelas mengapa anda mahu berjaya? Contohnya, sebagai ibu atau bapa, selalunya kejayaan itu diimpikan untuk keluarga tersayang, untuk anak-anak.

Senaraikan sebab kenapa anda mahu berjaya. Dan buat juga senarai kenapa anda tidak berjaya? Berdasarkan pengalaman saya, kejayaan tertangguh akibat dari kurangnya pengalaman dan ilmu bukannya faktor tak cukup modal untuk berniaga.

Cari guru!

Letakkan sasaran harian, mingguan, bulanan, tahunan.

Jangan buat kerja gila tiba-tiba nak capai RM1 juta. Memang tidak mustahil dilakukan tetapi bayangkan anda berada di tangga paling bawah.. Adakah anda mampu terus melompat ke tangga atas sekali?

Mungkin anda ada superpower.. Tahniah! Anda hebat.. Tapi rancanglah sasaran dengan bijak. Buat step-by-step!


Langkah #3

Mulakan tindakan! Promosikan perniagaan anda secara percuma sama ada di WhatsApp, Facebook, Telegram, Instagram, Blogspot dan sebagainya.

Rekodkan semua progress perniagaan anda.

Adakah mencapai sasaran atau tidak? Selidik. Jika tidak, apa yang perlu diperbaiki. Tak tahu? Cari guru!

Ini tiga langkah mudah untuk anda bangkit kembali. Jangan bertangguh lagi dan sabotaj diri sendiri dengan pelbagai alasan.

Lebih banyak jawapan anda akan perolehi dengan adanya ilmu. Jemput sertai kelas percuma saya di group Telegram. Klik gambar dibawah untuk info lebih lengkap.




Atau terus anda boleh terus join tanpa perlu fikir panjang. Klik link dibawah ini ya. Tindakan yang pantas akan membuahkan hasil yang pantas juga.

Kau terhegeh-hegeh.. Boleh mereput jauh-jauh ya :)